Posts

Image
Pada hari Sabtu lepas aku telah menghadiri Karnival Kerjaya yang berlangsung di tempat aku belajar , Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Karnival Kerjaya ni amat bagus untuk pelajar seperti aku yang akan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Di Karnival Kerjaya tersebut, terdapat banyak IPTA dan IPTS yang membuka booth pertanyaan seperti UiTM, UUM, UPSI, UniKL dan lain-lain. Tujuan aku menulis entry kali adalah untuk berkongsi tips-tips sewaktu menghadiri Karnival Kerjaya. Pertama, pengenalan diri. Mulakan perbualan dengan memperkenalkan nama, latarbelakang pendidikan dan kemahiran diri. Jangan terlalu panjang kerana ini bukan sesi temuduga.  Kedua,  k eyakinan diri . Suasana di Karnival Kerjaya selalunya panas dan bising dengan pengunjung. Di sinilah tahap keyakinan diri korang akan tercabar untuk cuba menarik perhatian wakil syarikat. Kekalkan tahap energi dan lontarkan suara dengan bahasa badan yang meyakinkan. Jaga penampilan terutamanya...